104 warga asing ditolak masuk ke Malaysia

104 warga asing ditolak masuk ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 104 warga asing yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala (KLIA) ditolak kemasukan ke dalam negara semalam kerana gagal mengemukakan tujuan kemasukan yang jelas.

Agensi Kawalan dan Penguatkuasaan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, antara pelawat paling tinggi ditolak kemasukan adalah warga Bangladesh, India dan Pakistan.

“Hasil pemeriksaan mendapati majoriti pelawat dari negara berkenaan gagal mengemukakan tujuan kemasukan yang jelas, tiada penginapan atau tiket pulang yang sah, serta memberikan alasan meragukan untuk menyokong permohonan masuk.

“Dalam tempoh 24 jam, AKPS KLIA memeriksa dan menyaring pergerakan masuk seramai 54,947 pelawat antarabangsa yang direkodkan menerusi Terminal 1 dan Terminal 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan saringan membabitkan 362 penerbangan ketibaan antarabangsa dan 361 pelepasan antarabangsa.

Katanya, 54,947 pergerakan masuk membabitkan 33,570 pelawat warga asing di Terminal 1 dan 21,477 pelawat warga asing di Terminal 2.

AKPS berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk menghantar pulang 288 pelawat asing yang tidak dibenarkan masuk dan masih berada di KLIA.

“AKPS terus memperketatkan kawalan pintu masuk negara dengan menolak kemasukan seramai 104 warga asing dari pelbagai negara selepas didapati tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“AKPS akan terus mengambil tindakan tegas dalam memastikan keselamatan dan integriti pintu masuk negara sentiasa terpelihara, serta memastikan hanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN