Wang tunai RM7.5 juta berkaitan tender pusat data di Johor disita

Wang tunai RM7.5 juta berkaitan tender pusat data di Johor disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengurus kontrak sebuah syarikat pembinaan terkemuka bersama isterinya direman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta.

Selain pasangan itu, turut direman dua pengarah syarikat berusia lingkungan 40 hingga 60-an dalam Op Ways yang dijalankan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar Lembah Klang, semalam.

Menurut sumber, SPRM telah menyita wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang ditemukan di rumah milik pengurus kontrak syarikat berkenaan. 

“Wang itu dipercayai rasuah yang dibayar kepada suspek sebagai balasan mendapatkan enam tender perolehan projek berkenaan. 

“Siasatan awal mendapati suspek telah menetapkan bayaran wang rasuah sebanyak 2.5 peratus bagi setiap tender perolehan projek yang diperoleh dua syarikat berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman SPRM terhadap suspek lelaki yang berjawatan pengurus kontrak syarikat direman selama tujuh hari sehingga 24 Julai ini, sementara isterinya direman selama tiga hari sehingga 2 Julai ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN