PATI warga China jadikan Melaka pusat operasi penipuan kerja

PATI warga China jadikan Melaka pusat operasi penipuan kerja

TIGA PATI warga China yang ditahan dalam serbuan di Taman Pandan Malim, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga warga China yang memasuki negara ini secara haram ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Kegiatan mereka terbongkar selepas serbuan dilakukan di sebuah kediaman di Taman Pandan Malim di sini pada 7 Julai lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 32 hingga 38 tahun itu dipercayai bergiat aktif sejak Mac lalu dan menjadikan rakyat senegara sebagai sasaran utama.

“Dalam serbuan itu, polis merampas satu unit komputer riba dan tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan terbabit.

“Semakan lanjut mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Dzulkhairi berkata, perintah reman terhadap suspek telah dikeluarkan selama empat hari sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN