TANGKAK: Mayat seorang warga emas yang terjatuh ke dalam Sungai Muar di Jambatan Panchor, Jalan Panchor-Gersik, dekat sini semalam ditemukan pagi ini.
Mayat Mesuan Sadiken, 62, ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat.
“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Namun, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN