Masih tiada petunjuk kehilangan Pamela Ling

Masih tiada petunjuk kehilangan Pamela Ling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang petunjuk diperoleh polis berhubung kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh walaupun lebih tiga bulan siasatan dijalankan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sehingga kini seramai 48 saksi telah dirakam keterangan termasuk dari dalam dan luar negara.

Namun, katanya, usaha itu masih belum membawa kepada perkembangan signifikan.

“Setakat ini siasatan masih berjalan, namun tidak banyak petunjuk yang dapat membantu kita untuk menyelesaikan kes ini.

“Malah fotofit yang diperoleh juga tidak membantu setakat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Pamela, 52, dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah kenderaan e-hailing dari kediamannya di Kota Damansara ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pagi 9 April lalu.

Pemandu e-hailing terbabit kemudian membuat laporan polis, mendakwa wanita berkenaan telah ‘dibawa pergi’ oleh tiga individu yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebaik kenderaan mereka tiba berhampiran bangunan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN