Pemberi maklumat didakwa kerana aktif transaksi rasuah

Pemberi maklumat didakwa kerana aktif transaksi rasuah

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwaan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemberi maklumat berkaitan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hujung bulan selepas siasatan mendapati terlibat aktif dalam transaksi rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pemberi maklumat terbabit antara individu yang akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

“Arahan untuk mendakwanya selepas siasatan mendapati beliau terlibat aktif dalam transaksi rasuah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pemberi maklumat skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

Peguamnya, Mahajoth Singh dilaporkan berkata, anak guamnya bersama beliau hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya pagi semalam bagi memberikan kenyataan lanjut namun dimaklumkan anak guamnya akan didakwa.

Sejak November lalu, pemberi maklumat itu dilaporkan menyerahkan beberapa rakaman video berkaitan lesen perlombongan yang membabitkan beberapa ADUN Sabah kepada sebuah portal berita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN