PETALING JAYA: Sindiket penyeludupan kini dikesan mula menyembunyikan haiwan hidupan liar di dalam bagasi sebelum diseludup keluar negara melalui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dikesan pihaknya melalui beberapa Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) sejak Januari hingga April lalu. “Dalam tempoh tersebut, sebanyak RM5.2 juta nilai rampasan membabitkan hidupan liar direkodkan. “Selain itu, seramai 72 suspek telah ditahan dipercayai berperanan…