Kedai warga asing Puncak Alam digempur

Kedai warga asing Puncak Alam digempur

Kedai warga asing
ANGGOTA penguat kuasa MPKS menyita barangan premis warga asing dekat Bandar Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kegiatan warga asing mengusahakan perniagaan kedai ‘dua dalam satu’ dekat sebuah premis di Bandar Puncak Alam di sini, mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa semalam.

Kedai gunting rambut dan kedai menjahit pakaian yang dipercayai beroperasi sejak lima bulan lalu itu diubah suai secara tidak sah dan tanpa kebenaran.

Perkara itu dikesan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 12 premis perniagaan termasuk yang dikendalikan warga asing di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, operasi selama lima jam itu membawa kepada tindakan kompaun ke atas lima premis termasuk yang beroperasi secara dua dalam satu.

“Kedai gunting rambut dan kedai jahit itu bukan saja dikendalikan warga asing malah diubah suai secara tidak sah dalam satu lot kedai sama. Justeru, arahan penutupan serta merta dikeluarkan dan sitaan barangan dilakukan ke atas premis tersebut,” katanya, hari ini.

Jelas Mohamad Lutfi, empat lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an yang bekerja di premis itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

“Seramai 13 pekerja warga asing ditahan bagi semakan dokumen dan status penginapan mereka. Bagi aspek pelesenan, satu lesen perniagaan turut dirampas manakala dua lagi premis dikenakan sekatan pembaharuan lesen,” ujarnya.

Tambah beliau, SSM turut mengenal pasti beberapa pelanggaran di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan dan Akta Syarikat.

“Kompaun dikeluarkan kepada kepada lima syarikat perniagaan terlibat. KPDN turut mengeluarkan dua kompaun serta merta melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Akta Timbang dan Sukat,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN