Empat ditahan menyamar polis untuk menyamun

Empat ditahan menyamar polis untuk menyamun

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat orang lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah rumah di Semenyih, awal bulan ini.

Kesemua suspek rakyat tempatan berusia antara 33 hingga 38 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di Dengkil, Bukit Puchong, Bukit Raja dan Kajang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam operasi bermula 1.15 pagi hingga 5.32 petang.

“Selain tangkapan, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, tiga telefon bimbit serta pakaian dipercayai digunakan dalam kejadian samun.

“Semua suspek kini direman sehingga 27 Mei (hari ini), manakala seorang daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kejadian, Hussein berkata, pada 4 Mei lalu, mangsa berusia 55 tahun bersama tiga ahli keluarga berada di rumah mereka di Semenyih kira-kira pukul pukul 5.02 pagi.

“Berdasarkan rakaman CCTV di lokasi kejadian, lima suspek yang tidak dikenali memakai pelitup muka serta dua orang daripada mereka memakai vest polis masuk ke dalam rumah mangsa, dengan cara memecah masuk pintu hadapan rumah.

“Mereka melarikan barang kemas, dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM500 dalam kejadian itu,” jelasnya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan sejenayah yang masih bebas sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN