Pelawak popular bawa ganja dipenjara 6 bulan di Jeddah

Pelawak popular bawa ganja dipenjara 6 bulan di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak po­pular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu bagi kesalahan dadah kini menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Hukuman ber­kenaan dikenakan terhadap pelawak itu semasa tempoh perbicaraannya berlangsung pada November lalu.

Menurut sumber, dia kini menjalani hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya sebelum dibebaskan.

“Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

“Berdasarkan hukuman penjaranya, pelawak itu dijangka selesai menjalani hukuman penjaranya pada April ini,” kata­nya ketika dihubungi, di sini semalam.

Selasa lalu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terlibat memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, sudah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.

Katanya, demi pelbagai faktor, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memohon maaf kerana tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai penahanan pelawak tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah pada Oktober lalu.

Memetik sumber, pelawak tersebut dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan pihak bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Tambah sumber, pelawak itu sedang menunaikan umrah bersama rakan-rakannya sebelum ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

“Namun, pelawak berkenaan dilihat masih aktif dialam media sosial dengan beberapa hantaran baharu dimuat naik.

“Bagaimana pun, kandungan itu dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya,” jelas sumber tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN