PRN: Pas pertaruh 70 peratus calon muka lama - Utusan Malaysia

PRN: Pas pertaruh 70 peratus calon muka lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas akan mempertaruhkan sebanyak 70 peratus calon muka lama dan 30 peratus calon muka baharu untuk bertanding di 126 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas juga akan meletakkan calon wanita di PRN enam negeri nanti sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan golongan tersebut.

Menurutnya, senarai calon-calon Pas sudah diteliti, namun hanya akan dimuktamadkan menjelang hari penamaan calon pada 29 Julai depan.

“Rundingan agihan kerusi bagi parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) telah selesai dan kini, fokus adalah untuk menyenaraikan calon-calon bagi kerusi yang akan kita tandingi. 

“Pada dasarnya, Pas ada dua atau tiga calon bagi setiap kerusi dan kesemua mereka mesti lulus setiap kriteria yang ditetapkan Majlis Syura Ulama, namun pada akhirnya hanya seorang yang akan dipilih,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, PN akan bertanding di semua 245 kerusi enam negeri pada PRN kali ini. 

Daripada jumlah itu, 83 kerusi akan ditandingi Bersatu, Pas (126) dan Gerakan (36).

PRN di enam negeri itu membabitkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya