MELAKA: Polis menahan 17 individu termasuk pasangan kekasih selepas dipercayai terlibat dengan sindiket mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar negeri ini, sejak setahun lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek terdiri daripada 11 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 dan 44 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah banglo di Alor Gajah dekat sini, kira-kira pukul 12.23 tengah malam pada 25 Mei lalu. Katanya, serbuan dilakukan Bahagian Risikan, Operasi, Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya merampas pelbagai peralatan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya