MELAKA: Dua pasang suami isteri antara lima individu yang berjaya ditahan dalam operasi membanteras ulat parkir di Kampung Hulu di sini, malam tadi. Operasi pukul 9.00 malam itu membabitkan 19 anggota pelbagai agensi penguat kuasa seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, ulat parkir itu dicekup ketika mengutip duit daripada pemilik kenderaan di kawasan…










