MELAKA: Helah sebuah restoran di Melaka Raya, Banda Hilir di sini membuka sebuah kedai runcit bersebelahan premis itu bertujuan untuk menggunakan barang kawalan bersubsidi terbongkar, selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini. Lebih mengejutkan, kedai runcit yang baharu dibuka 10 hari itu tidak memiliki lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebarang lesen atau permit menjual barang kawalan bersubsidi. Pengarah KPDN Melaka,…










