MELAKA: Sebanyak 125 kenderaan yang didapati disalah guna warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) selama sebulan sempena Tahun Baharu Cina, berakhir malam tadi. Operasi bermula 1 Februari itu menyaksikan kenderaan disita membabitkan 100 buah motosikal, 21 kereta dan empat lori perdagangan yang turut diubah suai. Pengarah JPJ Melaka, Mohd. Firdaus Shariff berkata, kenderaan terlibat didapati hanya memiliki lesen persendirian tetapi digunakan bagi tujuan…










