MELAKA: Hanya berseluar dalam sambil bersembunyi dalam sebuah almari, itu antara cubaan warga asing untuk meloloskan diri ketika penempatan mereka di sekitar Kelemak, Alor Gajah dan Taman Desa Bertam di sini, diserbu Jabatan Imigresen semalam. Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, beberapa premis terpaksa dipecahkan pintu kerana tidak mendapat kerjasama penghuni. Jelasnya, penempatan diserbu juga agak padat dan kotor lantas menimbulkan perasaan tidak selamat selain mengganggu keselesaan penduduk…