Dua lelaki mabuk rempuh pesara sehingga maut

Dua lelaki mabuk rempuh pesara sehingga maut

LOKASI kejadian di Plaza Pandan Malim, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hanya kerana berang ditegur memasang lagu terlalu kuat di dalam kereta sehingga mengganggu keamanan setempat, dua lelaki bertindak ganas merempuh seorang pesara berusia 57 tahun, dalam kejadian di Plaza Pandan Malim di sini, Isnin lalu.

Ketika kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah setelah hampir 11 jam menerima rawatan di Hospital Melaka.

Anak mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, sebelum insiden dia dan bapanya telah menegur pelaku yang menaiki kereta jenis Perodua Axia kerana memasang muzik terlalu kuat di kawasan rumahnya di Kampung Padang.

Katanya yang berusia 20-an, kedua-dua lelaki itu kemudian telah beredar selepas ditegur, namun datang semula ke lokasi sama dengan sengaja mencetuskan provokasi.

“Kedua-dua mereka pada awalnya beredar, namun datang semula beberapa minit kemudian dengan membuat beberapa pusingan sambil memasang muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur.

“Pemandu kereta itu cuba melanggar saya, saya berlari ke belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan Plaza Pandan Malim untuk menyelamatkan diri.

“Kereta itu kemudian menuju ke arah ayah dan terus melanggar serta menyeretnya hampir 20 meter ke belakang kedai,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambahnya yang juga saksi kejadian, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.

“Kedua-dua mereka dipercayai mabuk telah melarikan diri, ayah pula disahkan meninggal dunia pukul 2.04 petang ketika dirawat di hospital,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan telah membuat tangkapan ke atas seorang suspek berusia 28 tahun.

Katanya, polis masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berumur 27 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya