Tahanan lari Pusat Koreksional Jasin diberkas polis

Tahanan lari Pusat Koreksional Jasin diberkas polis

SUSPEK direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Genap seminggu diburu polis, tahanan lelaki yang meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang dekat sini akhirnya berjaya diberkas semula malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 44, ditangkap kira-kira pukul 9 malam di Alor Gajah.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

“Suspek berjaya ditahan pukul 9 malam di kawasan Alor Gajah dan kini direman selama empat hari. Perintah reman telah dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan kesahihan maklumat yang tular dalam media sosial berkenaan seorang tahanan lelaki meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin.

Mohammad Roshaidi sedang diburu setelah didapati hilang oleh warden kira-kira pukul 2.20 petang.

Suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya