Op Perahu Darat: Suami, isteri orang ditangkap khalwat tepi jalan

Op Perahu Darat: Suami, isteri orang ditangkap khalwat tepi jalan

ANTARA pasangan yang ditangkap berkhalwat dalam kereta ketika Op Perahu Darat dilakukan JAIM di sekitar Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan sepasang kekasih berstatus isteri dan suami orang yang disyaki berkhalwat dalam sebuah kereta ketika Op Perahu Darat yang dijalankan di sekitar negeri ini, malam tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan berusia 40-an dan 30-an itu merupakan antara enam individu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berakhir pukul 3 pagi.

Beliau berkata, mereka dicekup kira-kira pukul 10.40 malam di kawasan gelap di tepi jalan berhampiran Lebuh Ayer Keroh.

CHE SUKRI CHE MAT

Jelasnya, pada awalnya si wanita memberikan alasan kononnya sedang menggunakan perkhidmatan e-hailing, namun akhirnya gagal menunjukkan bukti tempahan dalam aplikasi.

“Kita telah menahan pasangan ini di bawah Seksyen 53 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak di dalam kereta dan hasil soal siasat, kedua-duanya merupakan isteri serta suami orang.

“Wanita itu memberikan alasan menggunakan perkhidmatan e-hailing lelaki terbabit, namun gagal menunjukkan bukti tempahan di aplikasi dan akhirnya mengaku mereka adalah kenalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Che Sukri, turut ditahan berkhalwat dalam sebuah lagi kereta adalah satu pasangan berumur 20-an di pesisir Pantai Klebang.

Jelasnya, mereka memberikan alasan berhenti berehat di kawasan itu sementara menunggu waktu urusan pendaftaran pernikahan di Negeri Sembilan.

“Pasangan itu mengaku bukan suami isteri, sebaliknya cuma tunang dan telah ke Negeri Sembilan bagi urusan permohonan perkahwinan, semalam.

“Bagaimanapun urusan tersebut tidak dapat diselesaikan kerana masalah dokumen dan mendakwa pejabat agama meminta untuk datang semula ke sana hari ini, jadi sementara menunggu pagi mereka datang ke sini untuk bersiar-siar,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.