Mangsa pukul enam lelaki Myanmar meninggal dunia

Mangsa pukul enam lelaki Myanmar meninggal dunia

KERATAN laporan Utusan Malaysia 25 November 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertuduhan terhadap enam lelaki warga Myanmar yang didakwa memukul dua beranak warga tempatan dalam kejadian di Pangsapuri Taman Tasek Utama di sini pada 31 Oktober lalu, bakal dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hal ini kerana salah seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kematian E. Murali Kuppusami, 50, yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.57 petang selepas dimasukkan ke hospital sejak hari kejadian.

ZAINOL SAMAH

“Mangsa sebelum ini mengalami kecederaan parah dan koma, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di ICU Hospital Melaka pukul 6.57 petang semalam.

“Susulan itu, kita akan rujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan meminda kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kepada Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Utusan Malaysia pada Jumaat lalu melaporkan, padah memukul dua beranak warga tempatan sehingga salah seorang daripadanya koma, enam lelaki warga Myanmar berdepan hukuman penjara 40 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, dengan dua pertuduhan.

Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21; Nyt Lin Paing, 22; Zin Min Htet, 23; Win Zaw, 30; Aung Myint Thein, 31, dan Mya Boe, 33, susulan kesemua mereka tidak memahami bahasa Melayu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menetapkan tarikh baharu 21 Disember 2022 bagi membolehkan pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Myanmar.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh secara bersama-sama telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M.K. Daniel, 19, dan bapa mangsa, E. Murali dengan menggunakan objek kayu iaitu suatu alat yang mungkin menyebabkan kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya