Johor ada 84 laluan tikus seludup PATI - Utusan Malaysia

Johor ada 84 laluan tikus seludup PATI

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 84 ‘laluan tikus‘ dikenal pasti pihak berkuasa negeri ini yang menjadi laluan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ekoran pembukaan semula sektor ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daerah Batu Pahat merekodkan jumlah laluan tikus tertinggi, iaitu sebanyak 27 laluan dikenal pasti.

Menurutnya, ini diikuti Muar dengan 21 laluan, Kota Tinggi (10), Pontian (10), Seri Alam (9), Iskandar Puteri (4) dan Mersing (3).

“Kegiatan penyeludupan migran dari Indonesia terus mendapat tempat kerana dibantu ‘promosi murah’ yang ditawarkan sindiket terbabit, iaitu dengan harga serendah RM500 bagi seorang individu untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

“Selain itu, tindakan PATI, khususnya dari Indonesia yang turut ‘mengiklankan’ kegiatan itu secara cakap-cakap mulut juga meningkatkan lagi kegiatan berkenaan.

“Namun, daripada siasatan dibuat, ada antara mereka akan dikenakan caj tambahan antara RM1,500 hingga RM3,000 tetapi perkara itu dimaklumkan hanya selepas mereka sudah terjerat oleh sindiket berkenaan,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, kegiatan itu menjadi tarikan bagi pekerja asing yang sudah tamat tempoh kebenaran berada di dalam negara, tiada dokumen perjalanan sah atau tempoh permit kerja tamat.

“Golongan ini akan tertarik kerana menerusi sindiket berkenaan, mereka tidak perlu berurusan dengan kedutaan atau pihak berkuasa tempatan yang mungkin akan mengenakan kompaun terlebih dahulu.

“PATI yang menggunakan perkhidmatan itu adalah mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor berlainan dari seluruh negara, termasuk dari utara Semenanjung dan Lembah Klang.

“Mereka ini akan dibawa sindiket ke tempat menunggu sementara bot yang akan digunakan untuk membawa mereka tiba di laluan yang telah dikenal pasti,” katanya sambil memberitahu perkhidmatan itu turut digunakan PATI yang pertama kali dan juga yang sudah lama. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya