Dua suspek rogol remaja wanita 13 tahun ditahan - Utusan Malaysia

Dua suspek rogol remaja wanita 13 tahun ditahan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua suspek yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian berasingan ditahan di Kubang Kerian, di sini dan Tumpat pada semalam dan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek pertama berusia 18 tahun yang juga penuntut sebuah kolej di daerah ini ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Padang Demit, Kubang Kerian, semalam.

“Manakala suspek kedua berusia 20 tahun yang tidak bekerja ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hari ini.

“Kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman sehingga 15 Jun ini mengikut Seskyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil semakan suspek tidak mempunyai rekod lampau.

Utusan Online sebelum ini melaporkan seorang remaja mengandung dipercayai dirogol dua lelaki dalam kejadian berasingan di rumahnya pada Februari dan Mac lalu.

Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah mengandung tiga bulan.

Mangsa juga tidak bersekolah dan dipelihara oleh datuk dan neneknya ketika berusia setahun. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN