Polis terima laporan dua beradik larikan diri dari asrama sekolah - Utusan Malaysia

Polis terima laporan dua beradik larikan diri dari asrama sekolah

NANDA MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis menerima laporan berhubung kejadian dua beradik yang merupakan penghuni asrama sebuah sekolah di Senawang di sini yang telah melarikan diri dari sekolah tersebut dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, laporan polis telah dibuat oleh seorang guru sekolah terbabit selepas menyedari kedua-dua pelajar lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 15 dan 16 tahun tidak hadir semasa solat Subuh kira-kira pukul 6 pagi.

“Pada pukul lebih kurang 8 pagi, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) sekolah didapati dua orang pelajar sekolah berkenaan telah memanjat pagar hadapan sekolah pada pukul lebih kurang 3.32 pagi.

“Pihak sekolah telah memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa pelajar terbabit. Pencarian di sekitar kawasan sekolah, Senawang dan Perhentian Bas Terminal One tidak menemukan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, kes berkenaan masih dalam siasatan dan Nanda berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan boleh menghubungi Sarjan Norseli di talian 019-3020511. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya