Penipuan ‘online’:1,433 pemilik akaun ‘mule’ diberkas dalam Op Merpati - Utusan Malaysia

Penipuan ‘online’:1,433 pemilik akaun ‘mule’ diberkas dalam Op Merpati

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,433 pemilik akaun ‘mule account’ diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penipuan e-dagang melalui Op Merpati Khas bermula 13 hingga 30 April lalu. 

Operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di seluruh negara itu turut menahan seramai 66 ahli sindiket penipuan tersebut. 

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, dalam tempoh tersebut, pihaknya telah melakukan serbuan di enam pusat panggilan di seluruh negara. 

“Tangkapan keseluruhan adalah 1,499 orang, yang tertinggi dilakukan di Selangor (224 orang) diikuti Kuala Lumpur (180 orang) dan Johor (166 orang),

“Kesemua mereka telah dan akan dituduh dalam masa terdekat ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 424 KK dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Kamaruddin berkata, sejak Januari hingga Mac lalu, sebanyak 2,070 penipuan e-dagang dengan nilai kerugian RM26.7 juta dicatatkan.

Selain itu, ujar beliau, sepanjang tahun lalu, sebanyak 9,574 penipuan dalam talian dengan kerugian RM74 juta direkodkan. 

“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan transaksi online melalui platform yang sah selain berwaspada melakukan transaksi kepada individu tidak dikenali. 

“Jangan sesekali membuat pembayaran di akaun yang berlainan nama dengan penjual serta tidak mendedahkan maklumat peribadi terhadap pihak ketiga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya