Amang seksual, penceramah bebas ditahan - Utusan Malaysia

Amang seksual, penceramah bebas ditahan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu, kelmarin.

Katanya, polis menerima aduan berhubung dakwaan itu daripada ibu mangsa yang juga merupakan kenalan suspek.

“Perbuatan amang seksual fizikal itu didakwa berlaku ketika program di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada Mac lalu.

“Mangsa menyertai program anjuran suspek bersama bapa dan neneknya, namun, ibunya tidak ikut serta,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Suffian berkata, kanak-kanak itu kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebaik pulang ke rumah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN