Penjual bunga ditipu Allen, rugi RM14,700  - Utusan Malaysia

Penjual bunga ditipu Allen, rugi RM14,700 

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pekerja kedai bunga di Mentakab, Temerloh dekat sini kerugian RM14,700 akibat terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa wanita berusia 47 tahun tertarik selepas melihat tawaran pinjaman mudah melalui laman sosial Facebook, 9 Mac lalu.

Katanya, mangsa menekan pautan disediakan di laman sosial itu sebelum dihubungi suspek dikenali sebagai Allen yang menawarkan permohonan pinjaman wang berjumlah RM50,000. 

“Suspek mengarahkan mangsa melakukan transaksi pindahan wang ke nombor akaun diberikan bagi proses kelulusan permohonan pinjaman. 

“Mangsa membuat lima transaksi ke akaun diberikan suspek pada 11 Mac dan 12 Mac dan mangsa turut diarahkan membayar RM6,000 sebagai yuran tambahan untuk pinjaman itu. 

“Suspek juga mengugut untuk mencari anak mangsa jika gagal membayar yuran tambahan dan membatalkan permohonan untuk pinjaman itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Wazir berkata, mangsa telah melakukan pemindahan wang antara RM1,000 hingga RM6,000.

“Dalam masa yang sama mangsa juga mendakwa dihubungi melalui tiga nombor telefon berbeza dipercayai rakan subahat suspek sepanjang urusan. 

“Kemudiannya, mangsa menyedari  menjadi penipuan selepas curiga dengan permintaan suspek untuk memindahkan sejumlah wang kononnya bagi tujuan proses kelulusan pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Wazir memaklumkan mangsa yang menolak segala arahan suspek segera tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Katanya, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

“Polis sudah memperoleh maklumat mengenai nombor akaun digunakan suspek dalam kes itu dan akan terus membuat siasatan lanjut,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya