Pemilik Honda Civic guna laluan motosikal ditahan - Utusan Malaysia

Pemilik Honda Civic guna laluan motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki ditahan selepas video dia memandu sebuah Honda Civic menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Jalan Pantai Baharu di sini dekat sini, tular semalam.

Video berdurasi 30 saat mengenai kejadian berkenaan yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Mazli Alias dalam halaman Facebook DashCam Owners Malaysia pada 2.41 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Sarifudin Mohd Salleh berkata, hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Jalan Pantai Baharu.

“Bertindak atas aduan itu, kami mengesan pemandu kereta berkenaan dan membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 30 tahun terbabit ketika dia hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sarifudin, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT) Jalan Tun H S Lee di talian 03- 20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN