Pemilik kedai dipercayai dibunuh kekasih angkara cemburu - Utusan Malaysia

Pemilik kedai dipercayai dibunuh kekasih angkara cemburu

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan kekasih kepada pemilik kedai yang maut dikelar dalam pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Suspek berusia 33 tahun ditahan ketika menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang juga pemandu lori didapati negatif dadah.

“Suspek beralamat di Taman Muhibbah, Seri Kembangan itu mengaku terbabit kes pembunuhan berkenaan ketika disoal siasat.

“Siasatan termasuk berhubung penggunaan senjata dalam kejadian itu masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Terdahulu, mangsa yang juga pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat ditemukan maut dipercayai dikelar.

Wanita berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN