Pasangan kekasih kantoi simpan dadah bernilai RM9.3 juta dalam kondominium - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih kantoi simpan dadah bernilai RM9.3 juta dalam kondominium

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan pasangan kekasih menjadikan kondominium sebagai tempat penyimpanan dadah akhirnya terbongkar dalam serbuan di ibu negara, Selasa lalu.

Menerusi dua serbuan bermula pukul 7.15 petang itu, dua suspek terdiri seorang lelaki tempatan dan wanita Vietnam dengan rampasan dadah jenis syabu seberat kira-kira 260.85 kilogram (kg) bernilai RM9.3 juta berjaya di rampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pasangan ini dipercayai aktif dalam pengedaran dadah sejak penghujung tahun lalu.

Jelas beliau, siasatan mendapati sindiket ini menjadikan kondominium sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Dadah yang dipercayai dibawa masuk dari utara tanah air itu juga akan diseludup ke Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing juga mendapati pasangan terbabit positif dadah.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 3 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Justeru, pihaknya berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah dengan menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN