Polis rampas 494 karton minuman keras bernilai RM32,000 - Utusan Malaysia

Polis rampas 494 karton minuman keras bernilai RM32,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 494 karton minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM32,000 yang dipercayai diseludup ke negara ini dirampas dalam serbuan di sebuah premis kilang di Taman Perindustrian Puchong, Puchong Sabtu lalu.

Menerusi serbuan itu, sebanyak 11,376 tin dan 600 botol minuman keras pelbagai jenama ditemukan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah lori Isuzu dengan nilai rampasan keseluruhan minuman keras dianggarkan RM32,000 dan taksiran cukai mencecah RM145,000.

Katanya, siasatan mendapati sindiket menjadikan kilang ini sebagai stor penyimpanan minuman keras untuk edaran sekitar Lembah Klang terutama kedai runcit.

“Kita percaya sindiket ini aktif antara lima hingga enam bulan lalu, dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan dalang utama kegiatan ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kata Anbalagan, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan siasatan masih diteruskan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya