Penolong akauntan seleweng RM100,000 ditahan - Utusan Malaysia

Penolong akauntan seleweng RM100,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penolong akauntan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki melakukan penyelewengan wang hampir RM100,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pukul 3 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan berkaitan kes itu.

Difahamkan, suspek bertanggungjawab dalam menguruskan akaun pejabatnya yang berpusat di sebuah daerah telah menyeleweng wang tersebut untuk kepentingan diri pada 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok untuk pertuduhan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya