ADUN dari Perak ditahan polis, disyaki positif dadah  - Utusan Malaysia

ADUN dari Perak ditahan polis, disyaki positif dadah 

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Perai, semalam kerana disyaki positif dadah. 

Selain ADUN berusia 50-an berkenaan, turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu ialah 35 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner, Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ketika serbuan itu, seramai 82 individu telah diperiksa di pusat hiburan berkenaan. 

“Seramai 48 orang ditahan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 36 individu termasuk ADUN berkenaan disyaki positif dadah dan mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 70 tahun. 

“Selain itu, polis turut menahan seramai 12 wanita warga asing dan kita masih menyiasat sama ada mereka bekerja di situ atau hadir bersama rakan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Mustafa Kamal Gani, ADUN berkenaan direman selama sehari dan akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan patologi.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain turut mengesahkan penahanan ADUN berkenaan.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya