Tukang urut lelaki tawar seks songsang dicekup - Utusan Malaysia

Tukang urut lelaki tawar seks songsang dicekup

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sembilan tukang urut lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan seks luar tabie di Taman Pelangi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan JBS, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan itu turut ditahan seorang penjaga premis dan dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan untuk mendapatkan khidmat urut dan seks.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat awam, serbuan dilakukan pada pukul 9.30 malam oleh sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan mendapati gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.

“Dalam serbuan Op Noda (aktiviti persundalan), pasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang mengaku bekerja sebagai penjaga kaunter di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut di premis itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan tujuh lelaki warganegara asing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang bekerja sebagai tukang urut. 

“Turut ditahan dalam serbuan tersebut iaitu dua lelaki tempatan berusia 25 dan 32 tahun yang disyaki sebagai pelanggan untuk mendapatkan khidmat urut dan seks,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Raub, dalam serbuan Op Noda itu, pelbagai peralatan yang dipercayai bagi kegunaan khidmat urut dan seks dirampas.

Katanya, antara dirampas ialah dua tuala, dua botol minyak urut, enam keping kondom pelbagai jenama, satu tiub pelincir, sehelai kertas mempunyai catitan aktiviti pekerjaan, empat keping gambar iklan lelaki dan wang tunai sebanyak RM139.

“Semakan rekod pergerakan keluar dan masuk ke Malaysia terhadap tujuh warganegara asing yang ditahan mendapati salah satu daripadanya tidak mempunyai pasport perjalanan yang sah. 

“Penjaga premis dikompaun sebanyak RM10,000 manakala pelanggan dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (UUKTPP), Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan 55B Akta Imigresen dan 6 (1) (c) Akta Imigresen. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN