Tukang cuci ditahan menyamar polis - Utusan Malaysia

Tukang cuci ditahan menyamar polis

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan seorang tukang cuci hotel yang disyaki menyamar sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyimpan dokumen menyerupai kad kuasa dan pelbagai barangan kegunaan agensi itu di Kampung Klang Gate Bharu, dekat sini kelmarin.

Penahanan suspek yang berusia 40 tahun itu dilakukan oleh sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Polis Taman Melawati pukul 7.26 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam simpanan telefon suspek terdapat satu dokumen yang menyerupai kad kuasa polis.

Pemeriksaan lanjut dalam rumah suspek pula telah menemukan pelbagai peralatan PDRM antaranya vest warna hijau tertera tulisan polis, satu unit lencana integriti amalan kita, seluar panjang, ‘collar badge’ polis dan sebilah pedang samurai panjang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 19 rekod lampau sejak tahun 2000 dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan dadah, antaranya samun, pecah rumah dan menyamar polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, semakan lanjut mendapati suspek mempunyak dua anak berusia sembilan dan 11 tahun

“Semasa tangkapan dilakukan suspek bersama salah seorang anak berada di rumah, manakala isterinya keluar bekerja,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN