Pelajar universiti rugi RM11,000 diperdaya sindiket pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Pelajar universiti rugi RM11,000 diperdaya sindiket pelaburan palsu

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang mahasiswa tahun pertama di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur kerugian RM11,000 akibat terpedaya dengan sindiket yang menawarkan pelaburan palsu. 

 

Mangsa yang berusia 18 tahun itu dipercayai dihubungi oleh suspek yang dikenalinya dari laman sosial Facebook pada 19 September lalu.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumahnya di Temerloh dan dihubungi suspek yang menggunakan nama ‘Michelle Zi Ying menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Menurutnya, Michelle Zi Ying telah menerangkan secara terperinci berkaitan pelaburan dan keuntungan yang menakjubkan bakal diterima mangsa walaupun hanya dalam tempoh satu hari sahaja.

 

“Suspek meminta mangsa memasukkan wang jika berminat menyertai pelaburan tersebut. Michelle Zi Ying turur berkongsi cerita bahawa dia juga selalu menyertai pelaburan terbabit sebanyak RM30,000 dan mendapat keuntungan sehingga 25 peratus.

 

“Menariknya melalui pelaburan itu, prosesnya hanya mengambil masa 30 minit sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sementara itu, Mohd. Wazir turut memaklumkan, suspek berjanji untuk membantu mangsa melaksanakan kerja sambilan dengan mendaftarkan diri di aplikasi http://mfacorp.net. 

 

“Selesai sahaja mangsa membuat pendaftaran tersebut, suspek terus meminta untuk masukkan wang ke empat akaun syarikat yang berbeza dengan nilai antara RM2,000 hingga RM4,000.

 

“Secara keseluruhannya wang dikeluarkan mangsa sebanyak RM11,000.00 itu langsung tidak dikembalikan malah Michelle Zi Ying juga tidak dapat dihubungi.

 

“Mangsa yang merasakan dirinya tertipu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya