136 penagih ditahan dalam Op Tapis - Utusan Malaysia

136 penagih ditahan dalam Op Tapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 136 penagih dadah dicekup hasil operasi khas dalam lima serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang di sekitar daerah Rompin sejak Isnin lalu.

Ketua JSJN negeri, Superintenden Mohd. Azam Ab. Razak berkata, operasi yang dijalankan selama tiga hari berakhir semalam, tertumpu di kawasan Felda dalam daerah Rompin dipercayai menjadi ‘port’ dadah dalam kalangan remaja di tanah rancangan itu. 

Menurutnya, operasi menerusi Op Tapis dan Op Indera selama 72 jam itu berjaya merampas sejumlah dadah dipercayai digunakan penagih di kawasan tersebut. 

“Kita mensasarkan lima ‘port’ dadah yang diserbu serentak dengan kerjasama polis daerah Rompin.

“Seramai 136 penagih berusia antara 16 hingga 60 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dan kita juga berjaya merampas 1,410 gram dadah jenis heroin dan 66.05 gram dadah jenis syabu.

“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan melalui operasi terbabit dianggarkan RM105,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azam berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di kawasan mereka bagi membantu polis membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian 09-50519999 atau 09-50512202 atau hotline JSJN Pahang di talian 012-2087222. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya