Mayat lelaki dijumpai di belukar belakang kuil - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dijumpai di belukar belakang kuil

ANGGOTA polis membawa keluar mayat seorang lelaki yang ditemui di kawasan belukar di belakang sebuah kuil di Jalan Lahat dekat Simpang Pulai hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan belukar di belakang sebuah kuil di Jalan Lahat dekat Simpang Pulai di sini hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemukan orang awam sekitar pukul 12.15 tengah hari.

 

Katanya, siasatan di tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

 

“Siasatan awal di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

 

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

 

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN