Timbalan Pengerusi KRT maut ditembak rakan baik - Utusan Malaysia

Timbalan Pengerusi KRT maut ditembak rakan baik

POLIS membawa mayat Fong Swee Fuan yang dipercayai ditembak rakan baiknya dengan senapang patah di Taman Raya, Wakaf Tapai di Marang hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Tapai maut manakala anak saudaranya cedera parah dipercayai ditembak dengan senapang patah oleh rakan baiknya di Taman Raya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa ialah Fong Swee Fuan, 65, manakala anak saudaranya Teo Hock Beng, 45.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, siasatan awal mendapati dua das tembakan dilepaskan rakan baik mangsa yang juga merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu.

Katanya, kedua-dua mereka difahamkan bukan sahaja bersahabat, malah, turut berjiran di taman perumahan sama.

“Suspek yang disyaki menggunakan senapang patah Rela itu kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah jip selepas melakukan tembakan.

“Sebelum pergi, dia sempat memberi amaran memiliki 75 lagi butir peluru dan akan menembak seramai mungkin orang sebelum membunuh diri,” katanya dalam sidang akbar di lokasi kejadian.

Menurut Rohaimi, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan di lokasi tidak menemukan sebarang kesan minuman keras mahu pun unsur-unsur perjudian.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang berusia 57 tahun itu berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentagau, Dungun selepas kenderaannya bertembung dengan pihak polis, kira-kira pukul 4.20 petang.

Katanya, senjata serta peluru turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya