Lelaki China dakwa diugut 50 kali diminta buat laporan - Utusan Malaysia

Lelaki China dakwa diugut 50 kali diminta buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta seorang lelaki warga China yang mendakwa diperas ugut 50 kali oleh pihak berkuasa pada tahun lalu untuk membuat laporan.

Ini susulan satu video tular di YouTube berdurasi 41 minit 51 saat yang dimuat naik pada 3 Februari lalu yang mendakwa dia diugut polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, lelaki itu menuduh polis sentiasa mencari kesalahan warga asing terutamanya dari China untuk mendapatkan habuan dan sanggup membawa mangsa ke bank bagi mendapatkan wang.

Katanya, lelaki tersebut turut berkongsi pengalaman ditahan polis ketika dalam perjalanan dari Puchong ke Subang Jaya bersama seorang rakan pada tahun lalu.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk pemeriksaan lanjut kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan.

“Lelaki terbabit mendakwa dirinya dipaksa menyerahkan wang RM800 supaya dilepaskan,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Abd. Khalid berkata, pihak polis mengalu-alukan penama itu untuk tampil membuat laporan berkenaan kejadian tersebut supaya siasatan lanjut boleh dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“Kita tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati melakukan kesalahan.

“Maklumat berkaitan kejadian sebegini atau lain-lain jenayah boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya (di talian) nombor telefon 03-56210343 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN