KPDNHEP Johor rampas 1,700 barang tiruan - Utusan Malaysia

KPDNHEP Johor rampas 1,700 barang tiruan

KPDNHEP Johor menyerbu sebuah premis yang dipercayai menjual pelbagai barangan tiruan seperti pakaian, beg, jam tangan dan kasut pelbagai jenama. - KPDNHEP JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,700 barangan tiruan bernilai RM64,662 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menerusi operasi berasingan yang berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru, Segamat dan Kluang.

KPDNHEP Johor dalam kenyataan memberitahu, operasi membabitkan lapan premis di tiga daerah berkenaan dijalankan setelah mereka didapati menjual pelbagai barangan tiruan seperti pakaian, beg, jam tangan dan kasut pelbagai jenama. 

“Salah satu premis yang diserbu di Johor Bahru menjadi stor simpanan disyaki peniaga yang melakukan penjualan secara atas talian.

“Seramai lima lelaki melibatkan tiga rakyat tempatan dan masing-masing seorang warga Indonesia dan India telah ditahan dalam operasi ini,” menurut kenyataan itu hari ini. 

Menurut kenyataan sama lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman individu didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan cap dagangan palsu yang dijual.

Tambah kenyataan itu lagi, KPDNHEP Johor turut menasihatkan peniaga agar mematuhi segala undang-undang perniagaan ditetapkan dan tidak menjual barangan tiruan. 

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi Whatsapp KPDNHEP menerusi talian nombor 0192794317. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya