KUALA LUMPUR: Tiga daripada 13 bekas ahli kumpulan Al-Maunah yang dibebaskan awal dari penjara mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong kerana mengurniakan kejutan yang tidak disangka-sangka itu kepada mereka. Ketiga-tiganya yang ditemui Utusan Malaysia di Sungai Petani, Kedah; Banting, Selangor dan Dungun, Terengganu menyifatkan pembebasan awal setelah lebih 20 tahun berada di sebalik tirai besi bagaikan bermimpi sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu penjara. “Ketika melangkah…










