183 pengunjung pusat hiburan degil ditahan - Utusan Malaysia

183 pengunjung pusat hiburan degil ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tanpa menghiraukan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sebanyak 183 pengunjung di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang ditahan Polis Kuala Lumpur awal pagi ini ketika sedang leka berhibur.

Dalam operasi Op Noda yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu, premis hiburan berkenaan masih memainkan muzik dengan kuat dan pengunjung dalam keadaan sesak tanpa menghiraukan amalan penjarakan fizikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, daripada jumlah yang ditahan, sebanyak 75 orang adalah pengunjung wanita berusia antara 21 tahun hingga 40 tahun.

Ujarnya, sebanyak 12 pekerja premis berkenaan turut ditahan termasuk enam pekerja warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit kerja sah.

“Selain itu, pelbagai peralatan antaranya pembesar suara, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,000 dirampas,” katanya di sini hari ini.

Tambah Rohan Shah, semakan awal premis berkenaan menunjukkan ia beroperasi tanpa lesen.

“Kesemua individu yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya