PKP: Penyeludupan rokok tetap berlaku - Utusan Malaysia

PKP: Penyeludupan rokok tetap berlaku

ABDUL Latif Abdul Kadir (kanan) melakukan gimik pelepasan kenderaan peronda pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Maxus Window Panel Van V80 di Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya, hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Aktiviti penyeludupan rokok tidak terhenti walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu.

Begitulah dakwaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mendapati aktiviti penyeludupan rokok tetap berlaku dan permintaan terhadap barangan itu tetap tinggi dalam jangka masa berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, dalam tempoh berkenaan, kira-kira 40 tangkapan dibuat di atas kesalahan tersebut dan pihaknya akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan kerap dan juga kekuatan penuh.

“Kita turut mengadakan kerjasama dengan agensi lain untuk terus membanteras penyeludupan termasuk penguatkuasaan darat dan laut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran kenderaan orang kena tuduh (OKT) di pekarangan Ibu Pejabat JKDM, di sini hari ini.

Tambah Abdul Latif, semasa PKP, bekalan rokok seludup terputus di pasaran sehingga ada peniaga-peniaga runcit menjualnya sehingga RM10 sekotak.

Harga itu, katanya, hampir menyamai harga rokok yang sah di pasaran.

“Selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu, permintaan rokok seludup masih tinggi dan tangkapan banyak dilakukan,” ujarnya.

Bercakap mengenai modus operandi penyeludup-penyeludup rokok, Abdul Latif memberitahu, golongan ini akan mengelirukan pegawai-pegawai JKDM yang bertugas.

Mereka akan mengelirukan pegawai-pegawai kastam dengan menipu item kontena dengan barangan lain atau menggunakan taktik dokumen palsu.

Sehubungan itu, katanya, JKDM menyeru orang ramai membuat laporan kepada pihaknya sekiranya mendapati berlaku aktiviti penyeludupan rokok di kawasan berhampiran masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya