Saya tak terkejut, dari awal sudah jauh ketinggalan - Adly Zahari - Utusan Malaysia

Saya tak terkejut, dari awal sudah jauh ketinggalan – Adly Zahari

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menyatakan tidak terkejut dengan kekalahannya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Beliau berkata, keputusan itu sudah dijangka mengambil kira kedudukan PH yang ketinggalan kira-kira 5,000 hingga 6,000 undi berdasarkan perkiraan awal sebelum kempen berlangsung.

Katanya, keadaan itu akhirnya diterjemahkan menerusi undi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memberi kesan kepada persaingan di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memanglah kita tahu seperti yang saya sebut dari awal, di Bukit Katil, PN di atas kertas kita ketinggalan sekitar 5,000 hingga 6,000 undi.

“Jadi, ia diterjemahkan dalam bentuk undi kerjasama BN dan PN. Bagaimanapun, kita menghormati keputusan masyarakat di Bukit Katil dan juga rakyat di Melaka.

“Saya tidak terkejut kerana saya tahu dari awal kedudukan saya jauh ketinggalan. Jadi, saya cubalah mengejar dalam tempoh 14 hari, tetapi tidak sempat,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di sini hari ini.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini