KUALA LUMPUR: Peminat yang tidak sempat membuat pembelian tiket untuk menyaksikan band terkenal, My Chemical Romance membuat persembahan di Kuala Lumpur anjuran Hello Universe kini menarik nafas lega apabila satu ruang baharu telah dibuka di Stadium TM Nasional, Bukit Jalil.
Ruang tersebut, merangkumi pembukaan zon baharu bagi memberi peluang lebih ramai penonton meraikan muzik MCR pada November ini.
“Peluang untuk menyaksikan my Chemical Romance beraksi di Kuala Lumpur.
“Zon F, di tier 3 berharga RM185 kini dibuka bagi membolehkan lebih ramai peminat membuat pembelian tiket, sekaligus menikmati persembahan bertenaga MCR pada 19 dan 20 November ini.
“Bagi mereka yang sebelum ini tidak berkesempatan membuat pembelian tiket, inilah masanya untuk menempah kedudukan anda dan nikmati pengalaman muzik tanpa batasan,” katanya di Instagram.
MCR bakal menggegarkan Stadium TM Nasional, pada 19 dan 20 November ini.
Tempahan boleh dibuat bermula 11 pagi, 22 Oktober ini di www.golive-asia.com.- UTUSAN











