Penghantaran pulang pelarian Myanmar diteruskan, tiada kuota ditetapkan

Penghantaran pulang pelarian Myanmar diteruskan, tiada kuota ditetapkan

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak menetapkan sebarang kuota penghantaran pulang bagi pelarian Myanmar ke negara asal sebaliknya berharap agar semuanya dapat dihantar pulang pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penghantaran pulang itu akan diteruskan selepas jumlah 5,000 pelarian dipersetujui dan selesai dihantar, malah ia bukan operasi yang terhenti setakat angka tersebut.

“Kita tak ada tetapkan kuota (penghantaran pulang). Jadi, berapa ramai, kalau boleh kita nak semua balik.

“Selepas daripada habis 5,000 itu, kita akan terus buat penghantaran. Ini operasi yang berterusan, bukannya setakat habis 5,000 dah habis. Maksudnya kita akan berterusan,” katanya pada sidang operasi khas di sini hari ini.

Katanya, penghantaran pulang pelarian Myanmar bagi fasa kedua masih menunggu maklum balas Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk rundingan dengan kerajaan Myanmar.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tidak dapat menentukan jumlah sebenar pelarian Myanmar yang berada di negara ini kerana masih belum dapat dipastikan secara konkrit kerana kerajaan ketika ini bergantung kepada data UNHCR.

Katanya, berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), lebih 200,000 pelarian Myanmar berada di negara ini.

Zakaria berkata, jumlah sebenar pelarian yang berada di negara ini masih belum dapat dipastikan secara konkrit kerana kerajaan ketika ini bergantung kepada data UNHCR.

“Jumlah pelarian ini sangat subjektif kerana kita tak ada satu data yang orang kata konkrit, berapa. Jadi, berdasarkan pada sekarang, kita dah ada lebih 200,000 pelarian ,” katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan sebelum ini melaksanakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mengenal pasti jumlah sebenar pelarian yang berada di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Zakaria berkata, pihaknya tidak boleh masuk campur dalam aktiviti lesen ‘ali baba’ oleh warganegara asing di negara ini kerana ia melibatkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT)

“Urusan berkaitan lesen dan perkara berkenaan adalah di bawah bidang kuasa agensi lain, namun JIM sedia bekerjasama dalam operasi membanteras aktiviti yang melanggar peraturan atau Akta Imigresen 1959/63.

“Cuma dari segi kita, kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu untuk kita laksanakan operasi-operasi bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang melanggar peraturan ataupun Akta Imigresen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN