Keputusan tambahan dua kerusi PN diserah pada pucuk pimpinan

Keputusan tambahan dua kerusi PN diserah pada pucuk pimpinan

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permintaan tambahan dua kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu akan diputuskan nanti dalam masa dekat.

“Saya ingat yang itu (dua kerusi), biar nanti parti putuskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara Ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan dua lagi kerusi pada PRN Melaka.

Beliau berkata, meskipun tujuh kerusi telah diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada Pas menerusi kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perundingan Kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini