Jerebu di Johor Bahru semakin membimbangkan, IPU 185 setakat 2.30 petang

Jerebu di Johor Bahru semakin membimbangkan, IPU 185 setakat 2.30 petang

SEBUAH pesawat melakukan pendaratan dalam keadaan cuaca jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan jerebu yang melanda bandar raya ini semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada tahap 185 pada pukul 2.30 petang berbanding 172, sebelah pagi.

Peningkatan itu menunjukkan kemerosotan kualiti udara di kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai, terutama golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya Johor Bahru mendapati keadaan cuaca berjerebu menyelubungi kawasan berkenaan, manakala jarak penglihatan turut terjejas akibat kehadiran jerebu di udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan sama turut dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Kulai. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini