UMNO junjung institusi raja, harap keputusan terbaik buat Najib

UMNO junjung institusi raja, harap keputusan terbaik buat Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan terus mendukung dan mendaulatkan institusi Raja-Raja, selain mengharapkan keputusan terbaik berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti tetap menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda serta mendukung institusi Raja-Raja selain mengharapkan keputusan terbaik diberikan kepada Najib.

“Kami bersedih dengan keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami tetap menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Kami merayu agar seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku digunakan untuk membuat keputusan yang terbaik.

“Kami tetap mendukung institusi Raja-Raja, tetap mendaulatkan Raja-Raja dan mengharapkan sesuatu yang terbaik diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×