Rombakan kabinet, Anwar jumpa Anthony Loke dulu

Rombakan kabinet, Anwar jumpa Anthony Loke dulu

Anwar Anthony
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan rombakan kabinet akan diadakan susulan hasrat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan daripada kabinet.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau sudah pun dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan itu sendiri dan kedudukan beliau serta  keputusan rombakan kabinet itu akan ditentukan selepas mengadakan pertemuan dengannya dalam masa terdekat.

“Satu-satulah (soal rombakan kabinet). Saya belum sempat berbincang apapun lagi, kena dengar pandangan dia (dan) faham. Sebab dia adalah seorang yang ada prinsip.

“Dia memang daripada awal bantah peraturan yang memberi gambaran seolah-olah kita lemah atau longgar terhadap amalan rasuah terutama apabila kita mengambil tindakan yang banyak lain termasuk perasuah-perasuah kecil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hi-tea Sekretariat Reunion Reformis di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3 petang semalam.

Jelas Anwar, beliau akan bertemu selepas Ahli Parlimen Seremban itu pulang dari pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di Shanghai.

“Belum-belum (menerima surat perletakan jawatan), dia baru bermesyuarat semalam, ada maklum kepada saya dan akan bawa surat dan berbincang dengan saya. Saya kata, tak apalah bila ada ruang.

“Hari ini saya ada di sini, kemudian ke Melaka. Esok tak silap saya dia ke Shanghai…pada hari Selasa atas perbincangan dengan Premier Li Qiang,” ujarnya.

Kelmarin, Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan beliau perlu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.

Menurut Loke, DAP ba­gai­ma­napun menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, namun parti mempunyai pendirian berhubung keputusan tersebut yang sukar diterima DAP dan ramai rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×